Sunday, July 24, 2011

Greece dilanda krisis kewangan.

Zon Eropah kini dalam keadaan berjaga-jaga memantau keadaan ekonomi Greece, sebuah negara kecil dengan jumlah hutang yang tinggi, defisit belanjawan yang tinggi serta kadar pertumbuhan ekonomi yang negatif.

Krisis hutang Greece mulanya muncul pada Oktober 2009. Sebelum itu, beberapa dekad dulu Greece berada dalam kedudukan yang kukuh kerana selain dari euro yang teguh dan kadar faedah yang rendah ia mudah mendapat pinjaman kredit bagi projek pembangunannya sehinggalah hutangnya mencecah AS400 billion.

Kesatuan Eropah (EU) ketika ini sedang bertungkus lumus untuk mengekang krisis yang sedang melanda Greece ini. Jika tidak isu ini mungkin akan mengganggu pertumbuhan zon Eropah yang sihat, tetapi pembuat-pembuat dasar EU dilihat memnpunyai caranya untuk menyelesaikan isu hutang negara tersebut dengan mengurangkan kadar defisit yang semakin meningkat dengan mengurangkan kadar hutangnya.

Akan tetapi, pada hari-hari mendatang, Greece diduga akan mengalami kekacauan. Rakyat tidak suka dengan peningkatan cukai dan penjualan aset-aset negara, termasuk perusahaan negara. Tindakan ini dianggap hanya menambah beban warga yang sudah pun berat. Rakyat Greece sudah biasa hidup senang-lenang.

Kaitan krisis Greece dengan seluruh dunia, adalah pada kebergantungan Greece kepada matawang Euro. Matawang gabungan Kesatuan Eropah (EU) itu dilihat sebagai simbol kekuatan ekonomi Zon Euro, malangnya terdapat beberapa lagi negara yang punya masalah yang serupa dengan Greece, antaranya Portugal, Sepanyol dan Itali. Jika Greece muflis, pastinya satu gelombang besar ketidaktentuan bakal tercetus kepada ekonomi dunia, memandangkan EU adalah gabungan ekonomi terbesar dunia, yang cuba dicontohi oleh negara-negara di rantau lain, selain menarik minat negara-negara seperti Ukraine dan Turki untuk turut serta.

Oleh itu, Malaysia juga haruslah berjaga-jaga dengan krisis yang sedang melanda kini. Serba sedikit kita akan terasa juga dengan krisis ini.

No comments:

Post a Comment